Nilai: Toleransi
Definisi: Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
Unit 6: Toleransi Kunci Kehidupan
Nota:
- Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Kaum yang berbeza di Malaysia mempunyai pelbagai agama,kepercayaan dan adat resam
- Orang yang mengamalkan toleransi dapat menyesuaikan diri mengikut situasi dan persekitaran yang berbeza
- Toleransi menjadikan manusia lebih bersikap terbuka dan hidup secara bersama dalam pelbagai keadaan
- Kunci toleransi ialah prihatin,kasih sayang dan bertimbang rasa
Resepi Toleransi
Adunkan
sikap saling memahami dengan berfikiran terbuka
Hiasilah
haruman sikap saling menghormati
Tambahkan
bunga-bunga kesabaran dan baik sangka
Hindarkan
bintik-bintik perselisihan faham
Hasilnya
tiada rekahan pertelingkahan
Lahir
persefahaman dan kesejahteraan dalam kehidupan
SELAMAT MENCUBA!
Can you give me example..?
ReplyDelete