Nilai: Hemah Tinggi
Definisi: Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Unit 5: Amalan Berbudi Hidup Sejahtera
Nota:
- Seseorang yang berbudi pekerti mulia mempunyai tingkah laku yang sopan
- Ciri-ciri orang yang berhemah tinggi ialah orang yang menjaga perlakuan,pertuturan dan tindakan dalam apa jua situasi
- Sikap bertegur sapa dengan menggunakan bahasa yang lembut menunjukkan kita berhemah tinggi
- Kita hendaklah bertingkah laku mulia mengikut adab yang sopan seperti adab di meja makan
- Dalam kehidupan seharian, kita harus menunjukkan perlakuan yang mulia dan beradab sopan dalam semua perbuatan
Sekiranya anda dikiritik,ikutlah panduan seperti berikut :
- Tarik nafas panjang
- Sabar dan bertenang
- Tidak perlu mempercayai setiap kritikan
- Memilih untuk menerima atau menolak kritikan
- Percaya bahawa anda lebih mengenali diri anda sendiri
good
ReplyDelete