Bidang 1
Nilai: Berdikari
Definisi: Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
Unit 7: Berdikari Tangga Kejayaan
Kenalkah anda siapa Matsushita Konosuke?
Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin pada tahun 1894 di sebuah kampung di Wasamura,Jepun.
Apakah keistimewaan tentang dirinya?
Apabila menjangkau umur 23 tahun,beliau telah mengorak langkah memulakan perniagaan sendiri.
Pada peringkat awal perniagaan, beliau mengalami kerugiaan namun berputus asa bukanlah pilihan nya.Beliau juga mengalami masalah kewangan pada tahun 1930-an dan 1940-an akibat kemelesetan ekonomi serta tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Dalam satu peristiwa,beliau yang sedang sakit tidak bersetuju dengan cadangan pihak pengurusan untuk memecat pekerjanya akibat kemerosotan hasil jualan.Malahan, Matshusita Konosuke menggalakkan pekerjanya supaya membantu menjual produk syarikat.
Tanpa disedari,idea pengurusan beliau berjaya memulihkan syarikatnya.Sejak itu, beliau Berjaya memajukan syarikatnya menjadi sebuah syarikat multinasional yang mengeluarkan industri elektronik.
Kejayaan yang beliau miliki didorong oleh sikap beliau yang mampu menguruskan perniagaannya sendiri,berfikiran kreatif,inovatif dan wawasan.Amalan berdikari telah membantu beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Pengajaran yang boleh kita peroleh daripada petikan atas ialah kita haruslah bijak mengurus diri dengan belajar berdikari tanpa mengharapkan orang lain.